Tuesday, 3 July 2018

Laporan Audit EKSA JKN

Pengauditan EKSA telah dijalankan pada 10 April 2018 berdasarkan kepada Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) IPKKM Versi 1/2016 dengan menggunakan kriteria senarai semak Pengauditan EKSA terkini yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU. 






2.0    RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

            Pada keseluruhannya, pematuhan amalan EKSA di Zon KSM Titi Gantung adalah cemerlang. Diharapkan perkara yang dibangkitkan di atas diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya untuk tujuan penambahbaikan

3.0    PENUTUP

          Mesyuarat penutup/perbincangan telah diadakan dengan Ketua Zon/Penyelaras pada 11 Mei 2018

4.0    KEPUTUSAN AUDIT

Komponen A (Keperluan Utama Pelaksanaan)           100%
Komponen B (Ruang Tempat Kerja / Pejabat)           97.6%
Komponen C (Tempat Umum)                                 98%
Komponen D (Keselamatan Persekitaran)                  100%
Komponen E (Kawasan Persekitaran Jabatan)            TB
Komponen F (Tempat-Tempat Khusus)                      TB
Markah Purata                                                    -    98.9% 

Jawatankuasa Zon Delima mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Audit diatas teguran dan nasihat yang diberikan. Segala cadangan tambahbaik yang diusulkan semasa audit telah dilaksanakan seperti mana laporan diatas.

Kami akan terus komited untuk memperbaiki serta mengekalkan aktiviti EKSA di Zon Delima pada masa akan datang. Majulah EKSA untuk negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kami, Jawatankuasa EKSA Zon Delima ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, 5 April 2018

Kemaskini Carta Perbatuan


Carta Perbatuan yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk selaras dengan perlaksanaan elemen Seragam dalan 5S


                                                    *sila click pada gambar untuk paparan lebih jelas*

*sila click pada gambar untuk paparan lebih jelas*

Tuesday, 3 April 2018

Save Water, Save Energy, Save Earth



Save Water, Save Energy, Save Earth merupakan asas kepada kempen Go Green. Selain daripada pendekatan guna semula, Zon Delima menitikberat penjimatan air dan tenaga.

Bagi melaksanakan pendekatan ini, Zon Delima menyediakan label bagi mengingatkan pengguna mengenai perkara ini.


 Label penjimatan air





 Label penjimatan elektrik





 Label penjimatan elektrik




Semoga program penjimatan ini dapat terus dijalankan tanpa gagal.


Go Green!

Aktiviti penambahbaikan sudut Go Green ini dilakukan untuk menambah keceriaan di sudut tersebut disamping memberikan ruang kepada kakitangan untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi masing.


Sudut Go Green sebelum penambahbaikan. Terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan.




Tong kitar semula dan pagar untuk hiasan yang baru dibuat daripada kotak tong kitar semula yang lama. Langkah ini selari dengan pendekatan Go Green yang diamalkan oleh Zon Delima sejak zaman berzaman.
 Sudut Go Green yang baru. Kelihatan lebih kemas, menarik dan ceria.

Semoga dengan adanya sudut Go Green yang baharu ini, kesedaran masyarakat untuk mengamalkan kitar semula akan meningkat.

Wednesday, 28 March 2018

Pertukaran Ahli Jawatankuasa dan PIC

Pada bulan Febuari 2018, berlaku 1 rombakan kakitangan besar-besaran yang melibatkan kakitangan kejururawatan Zon Delima. Kakitangan yang terlibat ialah Pn. Ruslina iaitu Bendahari Zon Delima yang berpindah keluar ke Klinik Kesihatan Bota Kiri dan juga Pn. Azrah selaku AJK Audit yang berpindah ke Klinik Kesihatan Lambor Kiri.

Kekosongan-kekosongan tersebut di isi oleh Pn. Suriyati yang menggantikan Pn. Ruslina sebagai Bendahari dan Pn. Nurshana yang mengantikan Pn. Azrah sebagai AJK Audit.

Semoga kehadiran mereka dapat memperkasakan lagi program EKSA di Zon Delima.

SN SURIYATI
SN NORSHANA

Kemaskini Carta Perbatuan

Carta Perbatuan bagi aktiviti suku pertama bagi tahun 2018

*sila click pada gambar untuk paparan lebih jelas


Tuesday, 27 March 2018

Audit EKSA Bil 1/18

Pada 16/1/2018, Jawatankuasa Induk EKSA Pkd Perak Tengah telah menjalankan audit pemantauan di Zon Delima. Audit tersebut dilakukan oleh Pn. Kasnawati dan Pn. Zaini.

Hasil daripada audit tersebut, terdapat beberapa komponen yang memerlukan penambahbaikan.

Namun begitu, Zon Delima berjaya mengekalkan markah melebihi 90% pada audit kali ini.


Laporan penuh boleh dilihat di pautan ini: Laporan Audit Pemantauan JK Induk 1/18


Zon Delima akan terus komited dalam menambahbaik segala kekurangan yang diutarakan oleh juruaudit agar perlaksanaan EKSA di Zon Delima dapat terus diperkasakan pada masa akan datang.



x

Kemaskini Carta Organisasi dan PIC baru 2018

Bersempena dengan rombakan kakitangan kejururawatan yang berlaku pada bulan Febuari lepas, Zon Delima telah menerima 2 AJK baru menggantikan 2 AJK yang bertukar keluar.






 

Perlantikan AJK Zon Delima 2018

Pada 14 Febuari 2018, Jawatankuasa Eksa bagi Zon Delima telah dibentuk oleh Ketua Zon Delima iaitu En. Fildaus bin Ismail.

Penyerahan surat lantikan tersebut berjalan dengan lancar dan semua Ahli Jawatankuasa berjanji akan memberikan sepenuh komitmen terhadap aktiviti-aktiviti EKSA yang akan dijalankan.

En.Mior mewakili semua AJK Zon Delima menerima watikah lantikan daripada ketua zon, En.Fildaus. Tergambar kegembiraan di wajah En.Mior.


Watikah lantikan Ahli Jawatankuasa Zon Delima boleh dilihat dipautan ini:

Surat Lantikan AJK Zon Delima 2018