Wednesday 28 March 2018

Pertukaran Ahli Jawatankuasa dan PIC

Pada bulan Febuari 2018, berlaku 1 rombakan kakitangan besar-besaran yang melibatkan kakitangan kejururawatan Zon Delima. Kakitangan yang terlibat ialah Pn. Ruslina iaitu Bendahari Zon Delima yang berpindah keluar ke Klinik Kesihatan Bota Kiri dan juga Pn. Azrah selaku AJK Audit yang berpindah ke Klinik Kesihatan Lambor Kiri.

Kekosongan-kekosongan tersebut di isi oleh Pn. Suriyati yang menggantikan Pn. Ruslina sebagai Bendahari dan Pn. Nurshana yang mengantikan Pn. Azrah sebagai AJK Audit.

Semoga kehadiran mereka dapat memperkasakan lagi program EKSA di Zon Delima.

SN SURIYATI
SN NORSHANA

Kemaskini Carta Perbatuan

Carta Perbatuan bagi aktiviti suku pertama bagi tahun 2018

*sila click pada gambar untuk paparan lebih jelas


Tuesday 27 March 2018

Audit EKSA Bil 1/18

Pada 16/1/2018, Jawatankuasa Induk EKSA Pkd Perak Tengah telah menjalankan audit pemantauan di Zon Delima. Audit tersebut dilakukan oleh Pn. Kasnawati dan Pn. Zaini.

Hasil daripada audit tersebut, terdapat beberapa komponen yang memerlukan penambahbaikan.

Namun begitu, Zon Delima berjaya mengekalkan markah melebihi 90% pada audit kali ini.


Laporan penuh boleh dilihat di pautan ini: Laporan Audit Pemantauan JK Induk 1/18


Zon Delima akan terus komited dalam menambahbaik segala kekurangan yang diutarakan oleh juruaudit agar perlaksanaan EKSA di Zon Delima dapat terus diperkasakan pada masa akan datang.



x

Kemaskini Carta Organisasi dan PIC baru 2018

Bersempena dengan rombakan kakitangan kejururawatan yang berlaku pada bulan Febuari lepas, Zon Delima telah menerima 2 AJK baru menggantikan 2 AJK yang bertukar keluar.






 

Perlantikan AJK Zon Delima 2018

Pada 14 Febuari 2018, Jawatankuasa Eksa bagi Zon Delima telah dibentuk oleh Ketua Zon Delima iaitu En. Fildaus bin Ismail.

Penyerahan surat lantikan tersebut berjalan dengan lancar dan semua Ahli Jawatankuasa berjanji akan memberikan sepenuh komitmen terhadap aktiviti-aktiviti EKSA yang akan dijalankan.

En.Mior mewakili semua AJK Zon Delima menerima watikah lantikan daripada ketua zon, En.Fildaus. Tergambar kegembiraan di wajah En.Mior.


Watikah lantikan Ahli Jawatankuasa Zon Delima boleh dilihat dipautan ini:

Surat Lantikan AJK Zon Delima 2018