Saturday, 24 October 2020
Tuesday, 29 September 2020
Tuesday, 22 September 2020
Tuesday, 15 January 2019
PERLANTIKAN KETUA ZON DELIMA YANG BAHARU.
Tahniah diucapkan kepada SN Norshana Binti Zainal Abidin atas perlantikannya sebagai ketua Zon Delima yang baharu bagi menggantikan PPP Fildaus Bin Ismail. Semoga dengan perlantikan ini, Zon Delima akan terus menjadi zon terbaik PKD Perak Tengah.
TAHNIAH KLINIK 1 MALAYSIA TITI GANTONG !
Tahniah kepada semua warga kerja Klinik 1 Malaysia Titi Gantong kerana telah berjaya memenuhi keperluan kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan berjaya
mendapatkan Sijil Pengiktirafan EKSA daripada pihak MAMPU. Sijil ini telah dikeluarkan pada 15 JUN 2018 dan sah sehingga 14 JUN 2020. TAHNIAH SEMUA !
Tuesday, 3 July 2018
Laporan Audit EKSA JKN
Pengauditan EKSA telah dijalankan pada 10 April 2018 berdasarkan kepada Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA) IPKKM Versi 1/2016 dengan menggunakan kriteria
senarai semak Pengauditan EKSA terkini yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU.
2.0 RUMUSAN DAN
SYOR AUDIT
Pada keseluruhannya, pematuhan
amalan EKSA di Zon KSM Titi Gantung adalah cemerlang. Diharapkan perkara yang
dibangkitkan di atas diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya untuk
tujuan penambahbaikan
3.0 PENUTUP
Mesyuarat penutup/perbincangan telah
diadakan dengan Ketua Zon/Penyelaras pada 11 Mei 2018
4.0 KEPUTUSAN AUDIT
Komponen A (Keperluan Utama
Pelaksanaan) – 100%
Komponen B (Ruang Tempat Kerja
/ Pejabat) – 97.6%
Komponen C (Tempat Umum) – 98%
Komponen D (Keselamatan
Persekitaran) – 100%
Komponen E (Kawasan
Persekitaran Jabatan) – TB
Komponen F (Tempat-Tempat
Khusus) – TB
Markah Purata - 98.9%
Kami
akan terus komited untuk memperbaiki serta mengekalkan aktiviti EKSA di
Zon Delima pada masa akan datang. Majulah EKSA untuk negara.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kami, Jawatankuasa EKSA Zon Delima ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Thursday, 5 April 2018
Kemaskini Carta Perbatuan
Carta Perbatuan yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk selaras dengan perlaksanaan elemen Seragam dalan 5S
*sila click pada gambar untuk paparan lebih jelas*
Tuesday, 3 April 2018
Save Water, Save Energy, Save Earth
Save Water, Save Energy, Save Earth merupakan asas kepada kempen Go Green. Selain daripada pendekatan guna semula, Zon Delima menitikberat penjimatan air dan tenaga.
Bagi melaksanakan pendekatan ini, Zon Delima menyediakan label bagi mengingatkan pengguna mengenai perkara ini.
Label penjimatan air
Label penjimatan elektrik
Label penjimatan elektrik
Semoga program penjimatan ini dapat terus dijalankan tanpa gagal.
Go Green!
Aktiviti penambahbaikan sudut Go Green ini dilakukan untuk menambah keceriaan di sudut tersebut disamping memberikan ruang kepada kakitangan untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi masing.
Sudut Go Green sebelum penambahbaikan. Terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan.
Tong kitar semula dan pagar untuk hiasan yang baru dibuat daripada kotak tong kitar semula yang lama. Langkah ini selari dengan pendekatan Go Green yang diamalkan oleh Zon Delima sejak zaman berzaman.
Sudut Go Green yang baru. Kelihatan lebih kemas, menarik dan ceria.
Semoga dengan adanya sudut Go Green yang baharu ini, kesedaran masyarakat untuk mengamalkan kitar semula akan meningkat.
Wednesday, 28 March 2018
Pertukaran Ahli Jawatankuasa dan PIC
Pada bulan Febuari 2018, berlaku 1 rombakan kakitangan besar-besaran yang melibatkan kakitangan kejururawatan Zon Delima. Kakitangan yang terlibat ialah Pn. Ruslina iaitu Bendahari Zon Delima yang berpindah keluar ke Klinik Kesihatan Bota Kiri dan juga Pn. Azrah selaku AJK Audit yang berpindah ke Klinik Kesihatan Lambor Kiri.
Kekosongan-kekosongan tersebut di isi oleh Pn. Suriyati yang menggantikan Pn. Ruslina sebagai Bendahari dan Pn. Nurshana yang mengantikan Pn. Azrah sebagai AJK Audit.
Semoga kehadiran mereka dapat memperkasakan lagi program EKSA di Zon Delima.
Kekosongan-kekosongan tersebut di isi oleh Pn. Suriyati yang menggantikan Pn. Ruslina sebagai Bendahari dan Pn. Nurshana yang mengantikan Pn. Azrah sebagai AJK Audit.
Semoga kehadiran mereka dapat memperkasakan lagi program EKSA di Zon Delima.
![]() |
| SN SURIYATI |
![]() |
| SN NORSHANA |
Tuesday, 27 March 2018
Audit EKSA Bil 1/18
Pada 16/1/2018, Jawatankuasa Induk EKSA Pkd Perak Tengah telah menjalankan audit pemantauan di Zon Delima. Audit tersebut dilakukan oleh Pn. Kasnawati dan Pn. Zaini.
Hasil daripada audit tersebut, terdapat beberapa komponen yang memerlukan penambahbaikan.
Hasil daripada audit tersebut, terdapat beberapa komponen yang memerlukan penambahbaikan.
Namun begitu, Zon Delima berjaya mengekalkan markah melebihi 90% pada audit kali ini.
Laporan penuh boleh dilihat di pautan ini: Laporan Audit Pemantauan JK Induk 1/18
Zon Delima akan terus komited dalam menambahbaik segala kekurangan yang diutarakan oleh juruaudit agar perlaksanaan EKSA di Zon Delima dapat terus diperkasakan pada masa akan datang.
x
Kemaskini Carta Organisasi dan PIC baru 2018
Perlantikan AJK Zon Delima 2018
Pada 14 Febuari 2018, Jawatankuasa Eksa bagi Zon Delima telah dibentuk oleh Ketua Zon Delima iaitu En. Fildaus bin Ismail.
Penyerahan surat lantikan tersebut berjalan dengan lancar dan semua Ahli Jawatankuasa berjanji akan memberikan sepenuh komitmen terhadap aktiviti-aktiviti EKSA yang akan dijalankan.
Watikah lantikan Ahli Jawatankuasa Zon Delima boleh dilihat dipautan ini:
Surat Lantikan AJK Zon Delima 2018
Penyerahan surat lantikan tersebut berjalan dengan lancar dan semua Ahli Jawatankuasa berjanji akan memberikan sepenuh komitmen terhadap aktiviti-aktiviti EKSA yang akan dijalankan.
En.Mior mewakili semua AJK Zon Delima menerima watikah lantikan daripada ketua zon, En.Fildaus. Tergambar kegembiraan di wajah En.Mior.
Watikah lantikan Ahli Jawatankuasa Zon Delima boleh dilihat dipautan ini:
Surat Lantikan AJK Zon Delima 2018
Sunday, 29 January 2017
Mengenai EKSA
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
1. memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
2. meningkatkan imej korporat;
3. menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4. menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
5. memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.
Sumber : MAMPU
Subscribe to:
Posts (Atom)































