Tuesday, 15 January 2019

PERLANTIKAN KETUA ZON DELIMA YANG BAHARU.

Tahniah diucapkan kepada SN Norshana Binti Zainal Abidin atas perlantikannya sebagai ketua Zon Delima yang baharu bagi menggantikan PPP Fildaus Bin Ismail. Semoga dengan perlantikan ini, Zon Delima akan terus menjadi zon terbaik PKD Perak Tengah.



TAHNIAH KLINIK 1 MALAYSIA TITI GANTONG !

Tahniah kepada semua warga kerja Klinik 1 Malaysia Titi Gantong kerana telah berjaya memenuhi keperluan kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan berjaya
mendapatkan Sijil Pengiktirafan EKSA daripada pihak MAMPU. Sijil ini telah dikeluarkan pada 15 JUN 2018 dan sah sehingga 14 JUN 2020.  TAHNIAH SEMUA !



Tuesday, 3 July 2018

Laporan Audit EKSA JKN

Pengauditan EKSA telah dijalankan pada 10 April 2018 berdasarkan kepada Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) IPKKM Versi 1/2016 dengan menggunakan kriteria senarai semak Pengauditan EKSA terkini yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU. 






2.0    RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

            Pada keseluruhannya, pematuhan amalan EKSA di Zon KSM Titi Gantung adalah cemerlang. Diharapkan perkara yang dibangkitkan di atas diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya untuk tujuan penambahbaikan

3.0    PENUTUP

          Mesyuarat penutup/perbincangan telah diadakan dengan Ketua Zon/Penyelaras pada 11 Mei 2018

4.0    KEPUTUSAN AUDIT

Komponen A (Keperluan Utama Pelaksanaan)           100%
Komponen B (Ruang Tempat Kerja / Pejabat)           97.6%
Komponen C (Tempat Umum)                                 98%
Komponen D (Keselamatan Persekitaran)                  100%
Komponen E (Kawasan Persekitaran Jabatan)            TB
Komponen F (Tempat-Tempat Khusus)                      TB
Markah Purata                                                    -    98.9% 

Jawatankuasa Zon Delima mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Audit diatas teguran dan nasihat yang diberikan. Segala cadangan tambahbaik yang diusulkan semasa audit telah dilaksanakan seperti mana laporan diatas.

Kami akan terus komited untuk memperbaiki serta mengekalkan aktiviti EKSA di Zon Delima pada masa akan datang. Majulah EKSA untuk negara.